Tarikh akhir untuk pengemaskinian dan permohonan baru bagi Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR2021) bakal berakhir pada 15 Februari ini di mana ianya telah bermula pada 15 Januari lalu.
Sekiranya anda di antara yang masih belum membuat pengemaskinian ataupun tidak pernah mendaftar sebagai penerima bantuan ini, anda boleh lah rujuk Panduan Ringkas Kemaskini dan Permohonan Baru BPR 2021 yang telah kami kongsikan sebelum ini.
Merujuk kepada tinjaun pihak kami melalui media sosial, orang ramai kebanyakannya mempunyai masalah ketika ingin mengisi mengenai menjawab tiga soalan keselamatan di mana ramai yang terlupa jawapan bagi soalan keselamatan yang di tanya.
Untuk makluman anda, LHDN telah memaklumkan bahawa, pemohon boleh menukar kata laluan MYBPR mereka secara dalam talian sahaja tanpa perlu hadir ke pejabat LHDN. Tidak perlu lagi bersusah payah ataupun bersesak di pejabat LHDN, lebih-lebih lagi tarikh tutup untuk kemaskini akan berakhir sehari sahaja lagi, 15 Februari nanti.
Oleh itu, pada perkongsian kali ini, kami akan berkongsi ringkasan bagaimana cara untuk menukar kata laluan MYBPR secara online.
CARA TUKAR KATA LALUAN MYBPR SECARA ONLINE
Berikut adalah panduan dan cara untuk membuat sebarang penukaran kata laluan yang telah di kongsikan oleh pihak LHDN.
- Sila layari laman web rasmi BPR : https://bpr.hasil.gov.my/
- Klik “LOG MASUK“
- Klik “TERLUPA KATA LALUAN”
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik “SEMAK“
- Masukkan alamat email yang telah anda daftarkan dan klik
“SETERUSNYA“ - Kata laluan sementara akan dihantar kepada alamat emel yang didaftarkan
Setelah menerima emel Kata Laluan Sementara, anda perlu log masuk semula MYBPR. Sila masukkan No MyKad yang di daftarkan dan sahkan kata kunci keselamatan, paparan untuk masukkan Kata Laluan Baru akan di paparkan seperti lampiran di bawah :
Walaubagaimanapun, pihak LHDN telah memaklumkan, bagi pemohon yang masih menghadapi masalah dalam melakukan proses ini, mereka boleh berhubung terus melalui talian Hotline BPR di talian 1800-88-2747 ataupun pemohon juga boleh hadir ke mana-mana kaunter perkhidmatan BPR yang berhampiran.
Mungkin anda berminat dengan : [i-Suri KWSP] Skim Bantuan RM480 Untuk Suri Rumah