PENGELUARAN I-SINAR TANPA SYARAT BAKAL DI UMUMKAN MINGGU HADAPAN.


Berita baik untuk ahli-ahli pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), di mana Kementerian Kewangan di jangka akan mengumumkan mengenai pengeluaran i-Sinar tanpa syarat pada Isnin depan, menurut sumber yang rapat dengan perbincangan tersebut. 


Sekiranya perkara ini berlaku, sudah pasti para pencarum KWSP akan menarik nafas lega berikutan syarat-syarat kelayakan pengeluaran i-Sinar sebelum ini mereka menganggap ianya terlalu rumit.


Walaubagaimanapun, perbincangan masih di jalankan bagi mencari jalan untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyediakan peruntukan bagi pengeluaran tanpa syarat itu.


MoF (Kementerian Kewangan) menyatakan veto untuk menyokong pelaksanaan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat. KWSP sedang berbincang mengenai jumlah sebenar terhadap pengeluaran sekiranya permohonan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat ini di laksanakan. Ini kerana, mengikut perkiraan awal, sekiranya pengeluaran i-Sinar tanpa syarat ini di laksanakan, KWSP menjangkakan sebanyak RM108 bilion di perlukan berbanding hanya RM50 bilion bagi pengeluaran i-Sinar bersyarat.


Sumber berkenaan turut memaklumkan, mesyuarat KWSP kini tertumpu kepada struktur pembayaran termasuk sekiranya ia di bayar secara bersekali.


“Jika di buat bayaran sekali, KWSP perlu menarik beberapa pelaburan di luar negara untuk menyokong proses pembayaran itu.” Kata sumber tersebut.


Sumber : ASTRO AWANI

1 thought on “PENGELUARAN I-SINAR TANPA SYARAT BAKAL DI UMUMKAN MINGGU HADAPAN.”

Leave a Comment