JKMPERMOHONAN/SEMAKAN

JKM MENYEDIAKAN TAMBAHAN RM150 UNTUK WARGA EMAS PADA 2021


Bantuan untuk Warga Emas sebelum ini adalah sebanyak RM350 sebulan. Namun, pada pembentangan Belanjawan 2021 November lalu, tambahan sebanyak RM150 di berikan kepada Warga Emas dan jumlah keseluruhan adalah RM500 setiap bulan. Perkara ini telah di umumkan oleh Menteri Kewangan Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika dalam pembentangannya.

Kenaikan kadar bantuan ini telah melibatkan peruntukan sebanyak RM2.2 bilion (tambahan RM700 juta) dan akan memanfaatkan lebih 400 ribu penerima berbanding tahun sebelumnya. Bagi bantuan ini, ianya termasuklah seperti :

  • OKU Tidak Berupaya Bekerja
  • Warga Emas
  • Penjagaan OKU
  • Pesakit Kronik Terlantar
  • Elaun Pekerja OKU
  • Kanak-Kanak Keluarga Miskin


Bantuan ini bertujuan adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. Di Malaysia, takrifan orang tua atau warga emas yang di gunakan ialah mereka yang berumur 60 tahun yang dibuat di “World Assembly On Ageing 1982” di Vienna. 

Bantuan Warga Emas ini adalah di antara beberapa jenis bantuan yang akan di kendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat.


SYARAT KELAYAKAN BANTUAN WARGA EMAS


Beberapa syarat kelayakan yang telah di tetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk permohonan ini. Ianya seperti berikut :

1) Warganegara Malaysia dan Permastautin Tetap

2) Berumur 60 tahun ke atas

3) Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)

4) Bukan tinggal di :

  • Institusi kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau
  • Pusat Jagaan harian / perkhidmatan secara percuma / berkediaman yang memberi kemudahan , atau
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak di pertimbangkan dengan kelulusan KPKM

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Berikut adalah panduan dan cara untuk membuat permohonan bagi bantuan ini melalui atas talian. Berikut adalah langkah-langkah nya :

1) Si layari portal rasmi JKM iaitu : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
2) Klik pada butang “Daftar Permohonan
3) Masukkan negeri tempat tinggal dan No Kad Pengenalan
4) Setelah selesai, klik butang “Daftar

DOKUMEN YANG DI PERLUKAN

Beberapa dokumen penting yang perlu anda sertakan ketika berkunjung ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  1. Salinan kad pengenalan diri pemohon
  2. Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak dan ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Slip gaji (jika ada)
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan

SOALAN LAZIM

Berapakah kelayakan umur untuk memohon bantuan ini?

Kategori umur untuk memohon bantuan ini adalah 60 tahun ke atas.

Berapakah jumlah kadar bantuan Warga Emas tahun 2021 ?

Kadar bantuan bagi Warga Emas thaun 2021 adalah sebanyak RM500 (Golongan Rentan)



Maklumat & Pertanyaan Lanjut

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

No Tel: 03-8000 8000

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button