BANTUANKWSPPERMOHONAN/SEMAKAN

i-SINAR : TARIKH BAYARAN UNTUK BULAN FEBRUARI


Kita sedia maklum, pembayaran pertama i-Sinar bagi pengeluaran RM10,000 telah di laksanakan secara berperingkat di mana ianya telah bermula pada Januari lalu. Melalui permohonan ini, pemohon yang lulus permohonannya akan menerima pembayaran pendahuluan sebanyak RM5,000 dan baki RM5,000  lagi akan di laksanakan secara berperingkat iaitu sebanyak RM1,000 pada setiap bulan berikutnya. 

Nota : Untuk pengetahuan anda, permohonan untuk pengeluaran simpanan Akaun 1 KWSP (Kategori 1) ini akan di buka sehingga 30 Jun 2021. Sebarang permohonan baru boleh lah di lakukan melalui atas talian : https://isinar.kwsp.gov.my/


Untuk kali ini, kami ingin membuat perkongsian sedikit mengenai bilakah tarikh bayaran kedua i-Sinar akan di buat berdasarkan tarikh permohonan.


JADUAL PEMBAYARAN BULAN PERTAMA

Kami ingin kongsikan mengenai jadual pembayaran bulan pertama mengikut jumlah pengeluaran pemohon sekiranya :

Baki Simpanan RM100,000 dan ke Bawah

  • Baki Akaun 1 (RM4,500) / Pengeluaran Maksimum (RM4,400) / Bayaran Bulan Pertama (RM4,400)
  • Baki Akaun 1 (RM10,000) / Pengeluaran Maksimum (RM9,900) / Bayaran Bulan Pertama (RM5,000)
  • Baki Akaun 1 (RM70,000) / Pengeluaran Maksimum (RM10,000) / Bayaran Bulan Pertama (RM5,000)
  • Baki Akaun 1 (RM100,000) / Pengeluaran Maksimum (RM10,000) / Bayaran Bulan Pertama (RM5000)
Baki Simpanan RM100,000 dan ke Atas
  • Baki Akaun 1 (RM100,001) / Pengeluaran Maksimum (RM10,000) / Bayaran Bulan Pertama (RM10,000)
  • Baki Akaun 1 (RM500,000) / Pengeluaran Maksimum (RM50,000) / Bayaran Bulan Pertama (RM10,000)
  • Baki Akaun 1 (RM800,000) / Pengeluaran Maksimum (RM60,000) / Bayaran Bulan Pertama (RM10,000)

BAYARAN KEDUA i-SINAR

Bagi bayaran kedua i-Sinar pula, pihak KWSP melalui Chat Box yang bernama Mak Cik Elya, bayaran akan di lakukan seperti berikut (Skrinshot perbualan) :


Secara ringkasnya :

  • Jika bayaran pertama iaitu pada 6 Januari, maka anggaran bayaran kedua pun sekitar 6 Februari
  • Tempoh bayaran kedua di laksanakan dalam tempoh 2 minggu
  • Sebelum akhir bulan Februari


JANGKAAN TARIKH BAYARAN KEDUA i-SINAR

Apa yang kami kongsikan ini adalah jangkaan jadual pembayaran i-Sinar bulan kedua (Februari) di mana ianya berdasarkan tarikh bayaran pertama yang telah di terima :

  • Bayaran Pertama (Sebelum 10 Januari) – Bayaran Kedua (3 Februari)
  • Bayaran Pertama (11 Januari 2021) – Bayaran Kedua (3 Februari 2021)
  • Bayaran Pertama (12 Januari 2021) – Bayaran Kedua (4 Februari 2021)
  • Bayaran Pertama (13 Januari 2021) – Bayaran Kedua (5 Februari 2021)
  • Bayaran Pertama (14 Januari 2021) – Bayaran Kedua (6 Februari 2021)
  • Bayaran Pertama (15 Januari 2021) – Bayaran Kedua (7 Februari 2021) 
  • Dan Seterusnya.
Nota : Tarikh di atas adalah jangkaan sahaja.

Berikut adalah beberapa perkongsian yang pihak kami ambil daripada Facebook mengenai semakan bayaran kedua melalui i-Akaun (Skrinshot) :




Walaubagaimanapun, anda juga boleh membuat semakan tarikh bayaran i-SInar anda secara atas talian melalui i-Akaun dengan mengunjungi portal rasmi iaitu : https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button