GKP 2.0 – SEMAKAN DAN TARIKH BAYARAN RAYUAN GKP 2.0 RM3000 ONE-OFF
Hampir 52,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kini menarik nafas lega apabila permohonan bagi rayuan pembayaran Geran Khas Prihatin (GKP2.0) akan mula di kreditkan pada Jumaat ini. Peruntukan bagi pembayaran rayuan GKP 2.0 akan membabitkan peruntukan sebanyak RM155 juta. Untuk pengetahuan semua, tempoh permohonan bagi Rayuan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) ini telah dibuka antara 7 hingga 21 Disember lalu.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, melalui bantuan ini, kerajaan yang sedia ada sentiasa berharap agar bantuan langsung yang disalurkan kepada PKS mikro ini dapatlah meringankan beban mereka lebih-lebih lagi untuk mereka yang amat terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) ataupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
SEMAKAN DAN TARIKH BAYARAN
Melalui kenyataan yang telah di buat oleh Menteri Kewangan, beliau mengumumkan bahawa waktu semakan dan tarikh bayaran adalah seperti berikut :
- Tarikh Semakan : 4 Februari 2021
- Tarikh Bayaran : 5 Februari 2021
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Rayuan GKP login ini, sila hubungi di talian berikut :
03-8911 1000
603-8911 1100 (Luar Negara)
Sekali dengan gagal kredit ke bayar
Ya