BANTUAN

RM500 SECARA ONE OFF UNTUK PEMANDU PENGANGKUTAN DAN E-HALING


Januari lalu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan satu lagi bantuan di mana kerajaan bersetuju untuk menyediakan bantuan khas secara sekali bayaran atau “one off” sebanyak RM500 kepada pemandu teksi, bas dan perkhidmatan pengangkutan e-hailing serta pemandu pelancong. Bantuan ini di umumkan ketika beliau melancarkan Pakej Bantuan Khas yang di kenali sebagai PERMAI.


Beliau berkata di dalam ucapan nya, bantuan ini telah membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM66 juta di mana ianya akan memanfaatkan seramai 14,000 pemandu pelancong dan seramai 118,000 bagi pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan juga e-hailing. 


Matlamat 3 : Menyokong Kelangsungan Perniagaan

Inisiatif 15 – Menyediakan Bantuan Kewangan One-Off Kepada Pemandu Teksi dan Bas

Berikut adalah sedikit perincian mengenai bantuan ini :

  • Bantuan kewangan “one-off” sebanyak RM500 dengan peruntukan tambahan sebanyak RM66 juta.
  • Akan memanfaatkan seramai 14,000 pemandu pelancong serta seramai 118,000 bagi pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.
  • Pemohon boleh membuat permohonan masing-masing menerusi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Maklumat lanjut akan diberitahu oleh APAD dalam masa terdekat.
  • Sehingga kini, rekod terdahulu menunjukkan terdapat kira-kira 600 pemohon yang layak tetapi masih belum berdaftar dengan APAD, sekaligus menyukarkan proses penyaluran bantuan di jalankan.

Kelonggaran Pengecualian Duti Eksais & Cukai Jualan Teksi

Melaui bantuan ini, Kerajaan juga membuat syarat pengecualian duti eksais dan cukai jualan ke atas kenderaan teksi yang di miliki. Ianya bertujuan untuk pindah milik, pelupusan dan kegunaan persendirian teksi dengan syarat :
  • Kenderaan yang di miliki selama lima (5) tahun berbanding tujuh (7) tahun sebelum ini.
Nota : Syarat kelonggaran pengecualian duti eksais dan cukai jualan teksi ini telah bermula 1 Januari dan akan berakhir pada 31 Disember 2021.

SOALAN LAZIM

Apa itu PERMAI?

PERMAI adalah satu lagi Pakej Bantuan Khas yang telah di umumkan oleh PM iaitu, Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia. Melalui pakej bantuan ini, ianya meliputi kepada 3 matlamat utama iaitu :

  • Matlamat 1 : Memerangi Wabak Covid-19
  • Matlamat 2 : Memelihara Kebajikan Rakyat
  • Matlamat 3 : Menyokong Kelangsungan Perniagaan

Berapa jumlah kadar bantuan ini ?

Jumlah kadar bagi bantuan ini sebanyak RM500 (One-Off)


Bilakah Permohonan Akan Di Buka?

Sebarang perkembangan mengenai perkara ini, APAD masih lagi dalam proses mengemaskini. Segala makluman mengenainya, pihak kami akan maklumkan dengan kadar segera.



Pihak kami berharap, dengan adanya bantuan seperti ini ianya dapat meringankan sedikit beban yang di hadapi oleh rakyat Malaysia khususnya mereka yang berada di dalam industri Pengangkutan ini dalam menghadapi waktu sukar akibat pandemik COVID-19.

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button