Ketika pembentangan Belanjawan 2021 pada November 2020 lalu, pelbagai jenis bantuan yang telah di umumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ia meliputi dalam pelbagai bentuk jenis bantuan khususnya untuk golongan B40, M40, Belia, OKU, Warga Emas dan juga untuk golongan peniaga yang terjejas.
Berikutan masalah wabak COVID-19 yang melanda negara kita, ianya telah menjadi faktor kemerosotan ekonomi rakyat mahupun untuk negara. Oleh itu, kerajaan sedia ada sentiasa komited dalam melaksanakan dan memberi bantuan untuk meringankan beban rakyat yang di hadapi.
Kita sedia maklum, kerajaan telah banyak memberikan bantuan untuk rakyat sehinggakan kita terlepas pandang dengan bantuan yang kerajaan sediakan yang boleh di mohon. Oleh itu, kami akan kongsikan bagaimana cara untuk memudahkan anda ketahui bantuan yang disediakan dan boleh di mohon. Ianya mudah sahaja, anda boleh semak bantuan kerajaan ini mengikut syarat kelayakan yang telah di tetapkan melalui Portal Manfaat ini.
CARA SEMAK BANTUAN KERAJAAN
Berikut adalah cara-cara untuk anda menyemak jenis-jenis bantuan dan syarat kelayakan yang kerajaan telah sediakan (Portal Manfaat) :
1. Sila layari portal rasmi Portal Manfaat : http://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/
2. Klik “Belanjawan 2021″
3. Klik kategori anda dalam pilihan yang dipaparkan. *Jika anda memilih kategori Perniagaan atau Komuniti, anda perlu mengisi beberapa maklumat yang diminta
4. Masukkan maklumat anda dengan lengkap dan klik “Teruskan”
5. Pilih jenis bantuan yang anda perlukan daripada kerajaan dan klik “Teruskan“
6. Jumlah bantuan kerajaan yang anda boleh mohon akan dipaparkan mengikut kategori bantuan
7. Klik pada kategori yang ada. Contohnya klik pada kategori “Mengurangkan beban kos sara hidup anda” yang mempunyai 14 Jenis Bantuan. Senarai bantuan kerajaan yang anda boleh mohon adalah mengikut kategori akan dipaparkan
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam membantu dan melindungi rakyat nya yang mengalami kesusahan dan terkesan berikutan pandemik COVID-19 ketika ini. Semoga dengan bantuan yang telah disalurkan oleh pihak kerajaan ini dapat membantu dan meringankan beban rakyat Malaysia.
Harap perkongsian kali ini, memberi manfaat kepada anda semua.