SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BANTUAN JKM 2021


Pada November lalu, kerajaan telah bersetuju untuk menambah baik kebajikan golongan rentan (Kumpulan Mudah Jatuh Sakit) termasuk dengan menaikkan kadar bantuan beberapa bantuan. Perkara ini telah di umumkan ketika pembentangan Belanjawan 2021.

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengumumkan ketika pembetangan Belanjawan 2021 lalu, di antara kenaikan kadar bantuan tersebut adalah :
  • Bantuan Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak berupaya bekerja (RM250 > RM300
  • Bantuan Warga Emas dan Bantuan Penjagaan OKU serta Pesakit Kronik (RM35 > RM500)
  • Kadar Elaun Pekerja OKU (RM400 > RM450)
  • Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluar Miskin : Anak berumur  7 Tahun – 18 Tahun (RM100 > RM150) / Anak berumur 6 Tahun ke bawah (RM200 seorang – Maksimum RM1000 untuk sebuah keluarga)

Dengan kenaikan kadar bantuan yang telah di umumkan ini, rakyat Malaysia pastinya berasa lega dan gembira di mana ianya dapat membantu serba sedikit bagi meringankan beban hidup rakyat dan dapat menyokong ekonomi keluarga, lebih-lebih lagi dengan kehadiran wabak Covid-19 yang menjadi salah satu faktor mencacatkan ekonomi masyarakat dan juga negara.

Untuk pengetahuan kita semua, beberapa syarat kelayakan yang telah di tetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi permohonan ini. Ianya bertujuan agar bantuan ini benar-benar akan di salurkan kepada rakyat yang betul-betul memerlukan. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat akan mengambil kira potensi yang ada pada setiap pemohon/penerima bantuan yang masih produktif.

11 KATEGORI BANTUAN JKM

Sebanyak 11 Kategori jenis bantuan telah di sediakan oleh JKM yang anda boleh mohon, antaranya adalah :
  • Bantuan Kanak-Kanak
  • Elaun Pekerja Cacat
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  • Bantuan Orang Tua (BOT)
  • Bantuan Am Persekutuan
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP)
  • Bantuan Latihan Perantis
  • Bantuan Geran Pelancaran (GP)
  • Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT)
  • Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN JKM

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menetapkan beberapa syarat permohonan yang anda perlu sediakan bagi memudahkan proses permohonan berjalan dengan lancar, ianya seperti berikut :
  • Salinan MyKad / Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan MyKad / Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan Kad OKU / Slip pendaftaran sementara OKU (Jika kategori OKU)
  • Salinan Penyata Pendapatan / Surat Akaun Pendapatan (jika bekerja sendiri)
  • Salah satu bil utiliti (air / elektrik / telefon / astro)
  • Laporan pegawan perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan dan swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)
Nota : Pastikan anda hadir ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengikut Daerah mana yang telah di pohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan online. Kegagalan berbuat demikian, sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Untuk permohon online, anda boleh masuk ke pautan seperti berikut :  http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp



SEMAKAN STATUS PERMOHONAN JKM

Kepada anda yang telahpun membuat ataupun sudah menghantar permohonan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ini, anda bolehlah menyemak akan status permohonan anda melalui portal rasmi yang telah di sediakan bagi memudahkan para pemohon. Berikut adalah cara dan langkah-langkah bagi menyemak status permohon secara online :


Anda akan di berikan maklumat mengenai status permohonan anda dengan jelas dan lengkap.


Maklumat Lanjut 


Sekiranya Anda mempunyai sebarang soalan mengenai JKM, sila hubungi pihak JKM melalui:

  • Telefon : 03 8000 8000
  • Faks : 03 8323 2045
  • Alamat : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

11 thoughts on “SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BANTUAN JKM 2021”

  1. Saya Mohamed yousef Mohamed kunji IC 580505085913. Saya sudah mohon tapi permohonan saya kena tolak sebab Ada anak laki, tapi Anak saya ada 2orang bagi duit 1bulan rm100.lagi 2orang kerja sendiri pun ta cukup makan, macam mana nak bagi duit, saya ada penyakit rheumatoid arthritis dan osteoarthritis, sakit jantong, mata kurang nampak, Satu lutut kaki sudah bedah kerajaan tanggong, Dan Satu lagi belum tapi kos 11ribu sudah 6tahun derita penyakit ini,

    Reply
  2. ibu saya lulus menerima bantuan dan saya sudah berhubung dgn staf kebajikan kota kinabalu untuk minta tolong uodat status ibu saya. mingu ketiga duit akan masuk ke acc bsn ibu saya tapi bila saya cek masi beuum ada lagi. bila sa whsap n hubung balik staf kebajikan kota kinabalu itu tak boleh sudah ne ni fon dia 0198113750 tlng nama ibu saya Jenny binti loting no ic 500202125516.saga harap pihak y berkenaan dapat bantu.semak status ibu saya lulus tapi duit tak ada

    Reply

Leave a Comment