TARIKH BAYARAN PENGELUARAN I-LESTARI – FEBRUARI 2021
Kita sedia maklum, pengeluaran i-Lestari (Akaun 2) merupakan salah satu langkah inisiatif kerajaan di mana ianya bertujuan bagi meringankan beban kewangan Ahli nya bagi memenuhi keperluan asas bulanan berikutan penularan Covid-19 yang melanda negara kita pada ketika ini.
Bagi ahli yang telah membuat permohonan i-Lestari ini, pembayaran bagi bulan Januari telah pun di laksanakan dan di kreditkan ke akaun masing-masing seperti yang telah ditetapkan. Bagi anda yang telah memohon tetapi masih belum menerima bayaran ataupun gagak di kreditkan, anda bolehlah mengemaskini akaun bank anda di portal rasmi i-Lestari Online atau terima cek jurubank daripada KWSP.
TARIKH PEMBAYARAN I-LESTARI FEBRUARI 2021
Untuk makluman anda, pembayaran i-Lestari bagi bulan Februari 2021 di jangka akan mula di kreditkan secara berperingkat yang bermula pada 2 Februari 2021 ke akaun bang masing-masing. Untuk lebih lanjut, anda boleh rujuk di jadual berikut (gambar) :
PERMOHONAN BARU PENGELUARAN I-LESTARI
Sebarang permohonan baru bagi pengeluaran i-Lestari ini, anda masih berpeluang melakukan permohonan kerana tempoh akhir permohonan ini akan berakhir pada 31 Mac 2021.
Bayaran pengeluaran akan di laksanakan secara bulanan dan akan berulang untuk bulan berikutnya. Untuk anda yang telah menerima bayaran i-Lestari bulan sebelum nya, anda tidak perlu risau kerana bayaran untuk bulan berikutnya akan di kreditkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Bagi kadar pengeluarannya pula, syarat minimum dan maksima nya adalah seperti berikut :
- Minimum Pengeluaran : RM50
- Maksima Pengeluaran : RM500
- Talian Hotline KWSP : 03 8922 4848