BANTUAN

Semakan Status Penerima Bantuan STR Tambahan RM100 Sebulan

Semakan Status Penerima Bantuan Tambahan STR RM100 Sebulan.
Inisiatif tambahan ini merupakan bantuan tambahan kepada penerima STR yang layak pada tahun 2024 yang dilaksanakan menerusi program Sumbangan Asas Rahmah (MYSARA). Setiap kelayakan, individu tersebut akan menerima bayaran sebanyak RM100 sebulan sepanjang tahun 2024 ini dan menjadikan jumlah keseluruhan berjumlah RM1200.

Walaubagaimanapun, bayaran tambahan ini hanya tertumpu kepada golongan yang terjejas sahaja dan akan melalui beberapa syarat kelayakan yang ditetapkan. Berikut kami kongsikan bagaimana cara untuk membuat semakan.

STR TAMBAHAN RM100 SEBULAN

Bantuan STR Tambahan RM100 sebulan ini merupakan inisiatif tambahan yang telah diperkenalkan pada tahun lalu lagi. Ianya dilaksanakan menerusi program Sumbangan Asas Rahmah (MYSARA). Ianya merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih.

Dianggarkan, seramai 700 ribu penerima bakal menerima bantuan pada tahun ini berbanding tahun lalu hanya 210 ribu sahaja. Namun, ianya bukanlah berbentung wang tunai, akan tetapi ianya hanya boleh digunakan untuk membeli barangan dapur sahaja.

BAYARAN STR TAMBAHAN RM100

Pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas (Januari – Disember 2024) dengan kelayakan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

Berikut adalah kadar bayaran mengikut kategori penerima :

STR TAMBAHAN RM100

SEMAKAN STR TAMBAHAN RM100 SEBULAN

Berikut kami kongsikan cara-cara untuk membuat semakan bantuan MySara 2024 RM1200 ini :

  • Layari portal rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  • Kemudian, klik pada [Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
  • Scroll ke bawah dan klik [Semak Status].
  • Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  • Seterusnya, masukkan Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  • Tekan [Semak Status].
  • Status anda akan dipaparkan.
  • Selesai.

SENARAI BANTUAN MYSARA 2024

Berikut adalah senarai barangan keperluan asas yang boleh dibeli dengan bantuan MySara ini :

  1. Beras
  2. Roti
  3. Telur
  4. Minyak masak
  5. Tepung
  6. Biskut
  7. Mee segera
  8. Minuman
  9. Makanan dalam tin
  10. Bahan perasa

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD RM100

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :

  • Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
    • Warganegara Malaysia
    • Penerima STR 2023
    • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih
    • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, selain bantuan E-Tunai ini, pelbagai lagi inisiatif lain yang boleh rakyat Malaysia dapatkan daripada pihak kerajaan. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu. Oleh itu, untuk mengetahui pelbagai bantuan tersebu, sila RUJUK DISINI.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button